Social Medias

Friday, 20 September 2013

Geografi.. Geografi... Sejarah... Sejarah... xD

Huhu.. lama giler tak post nih.. Hay, semua ! =D *ada ker yang nak baca? POYO betul kan saya nih? xD Tengok tajuk pun dah tau.. ni mesti kes belajar untuk peperiksaan, betul tak? Boleh diterima laa xD

Ni.. ni... nak cite nih... Ini, semalam, saya tak stayback, balik-balik rumah asal nak sambung study.. tertidur pula.. Mula laa mimpi-mimpi 'indah'.. Fuh !!

First-first, saya tiba-tiba mendarat di Lembah Bujang di Kedah.. ini? Geografi =,= Buku teks tingkatan 2, bab 12- Pertempatan.. page berapa, tak ingat xD Alaa.. Lembah Bujang dekat Kedah yang terletak di sebelah Sungai Merbok tu..

Lepas tu terjumpa Go Hui !! Boyfriend kawan saya xD Alaa.. Go Hui, takkan tak kenal kwot? Go Hui yang mati berdekatan istana Sultan Ahmad pada tahun........ tahun...... tahun.....tahun..... tahun 1788 kwot? Eh, silap ! 1786! Eh, bukan ! Itu Perjanjian Inggeris-Kedah =3 Lantak laa.. nanti hafal balik.. LALALA !! Akhirnya bertemu dengan Go Hui juga ^_^v

Tuesday, 10 September 2013

Kisah Thailand tu kan..

Pasal kisah Thailand tu kan, kisah dia camni.....

Ada seorang kawan saya.. Saya kenal dia di facebook je laa, kenal dia sebab dia rakan sekelas kawan saya masa sekolah rendah yang sudah pindah sekolah ke negeri lain.. Kedah laa.. 

Dia ni sama ja macam kami, merapu je kerja... Tapi merapu itu saya lagi pandai laa :p Cewah, angkat bakul nampak.. Makan banyak ikan kerapu.. xD

Tanpa angin tanpa ribut, dia tiba-tiba je suruh saya pergi Thailand cari kucing jiran dia =,=lll Saya pun bagitau laa saya tak tahu jalan nak pergi, *KONONNYA*

Dia: Pergi Kelantan dengan bas, cari Sungai Golok lepastu berenang ke seberang je..
Saya: Oh....kay...? *Dalam hati: Pandainya dia?*
(Sebenarnya pernyataan itu ada dalam buku teks Geo Tingkatan Satu xD Saya yang tak baca.. hmm.. Sungai Golok itu sempadan xD Baru tahu ke? Ketinggalan zaman betul xD )
Malam itu...,
Saya text dengan kawan..
Saya: Tau tak stesen bas Penang dekat mana? (Dengan tiba-tiba)
Kawan: Tau, dekat Sungai Nibong. Kenapa? Nak pergi pesta ka? Jom!
Saya: Nak pergi Kelantan..
Kawan: U nak pi Kelantan buat apa?
Saya: Nak cari sungai tu.. sungai.. sungai.. sungai apa ya..? Sungai... Sungai... HA! Sungai JOLOK kwot.. (xD)
Kawan: Sungai JOLOK? U nak buat apa? LOL
Saya: Nak berenang dekat situ..
Kawan: Pi la berenang di Sungai Pinang, sungai paling busuk..
Saya: Boleh pulak..? =,=

LOL.. teruk kan, saya ni? xD

Kata Hampir Sama Makna

Cuba teka hari ini dalam kelas Bahasa Melayu cikgu ajar apa? Haha.. yolah.. tengok tajuk post pun boleh tahu, bukan? Best laa kelas hari ini.. Rupa-rupanya saya keliru dengan kata hampir sama makna ini. Baru tahu.. xD

Lawak giler.. cikgu bagi lima soalan.. Masa buat tu, buat sampai soalan empat, hmm.. soalannya:

4. Pakaian peragawati yang terkenal itu sangat jarang dan (        ) mata sesiapa yang memandangnya.

Pilihan jawapan: mencolok/menjolok

Saya pun salin laa soalan itu.. Lepas salin, dengan selambanya menulis jawapan dengan penuh keyakinan. Jawapan 'menjolok' jelas tertulis di ruangan kosong itu. Selepas itu, kawan di hadapan saya kalih belakang untuk tanya kawan yang duduk di sebelah saya jawapan no. 4 itu.

Kawan A: No. 4 tu menjolok ka mencolok?
Kawan B: MenCOlok.
Kawan A: Co eh?
Kawan B: Ye..
Kawan A: Co? Co? Co?
Kawan B: Ye..ye..ye..
Kawan A: Co? Co? Co? Co? Co?
Kawan B: Ye..ye..ye..ye..ye..
Saya: Co eh? :O
Kawan B: Yelah.. mana boleh jolok mata?
Saya: Hmm... tapi..... bukankah colok itu yang orang guna untuk sembahyang ka?
Kawan B: Entah laa..
Saya: Sungai Jolok xD
Kawan B: Eh, apa hang? Sungai Golok laa..
Saya: Tau.. saya cerita tak lagi pasal Thailand tu?
Kawan B: Ye.. =,=
Saya: Obor-obor xD
Kawan B: =,=lll

Pasal kisah Thailand tu kan, kisah dia camni..... Saya cerita di post lain je laa.. Tengok esok ke xD

Sunday, 8 September 2013

Berbasikal


Kenapa berbasikal? Saya teringin nak berbasikal.. Hmm.. Tapi... tapi apa? :o Saya tak ada basikal laa.. :/ Tak ada basikal? Habis tu, ni basikal siapa? Basikal nenek yang sudah lama dekat situ.. sudah berkarat pon.. Tapi jangan pandang rendah pada basikal yang sudah berkarat !! Boleh lagi saya duduk tau !! *dengan muka yakin dan tegas* saya tahu kalau ada yang sedang baca ini mesti pandang saya dengan gaya pelik, kan? Kan? Kan? xD

Saturday, 7 September 2013

Hari Ini Hari Sabtu

Aik? Kenapa pula dengan hari Sabtu? Memang laa hari ini hari Sabtu. Ada yang istimewa ke? Kalender tak tulis apa pun? Hari jadi awak yea..? *angkat-angkat kening*

Memang laa kalender awak tak ada !! Hari ini special tau ! :D Sebab hari ini.. Haha.. Huhu.. Hehe.. Tak nak bagitaw boleh tak? xD Kalau ada yang tengah baca ini mesti rasa nak hadiahkan saya penampak, kan? LOL.. ok,...ok...! Saya bagitau ye.. Sebab.. Sebab apa? Apa yang saya nak bagitau?

Hehehee.. jangan marah dulu.. maaf ye.. hehee.. tadi saja je.. xD Masih nak tau sebabnya? Atau sudah marah? Alaa.. janganlah merajuk.. Hari ini.. Hehee.. Okok.. sabar! xD Mempersembahkan.. *bunyi drum* hari ini sekolah ganti !! :D

Mesti semua yang sedang baca (kalau ada yang nak baca laa) menghela nafas yang entah melepaskan apa, kan? xD Tiba-tiba terasa jahat.. Memang saya jahat pun, terima kasih xD

Kenapa dengan sekolah ganti? Sebab ianya sekolah ganti laa :3 Hari Isnin plak tuu.. Jelous tak? atau jelly? Jangan jelly-jelly, nanti saya makan.. xD

Lawak juga laa masa semua dok sibuk bagitaw cikgu harini hari Sabtu dengan harapan takde kerja.. English main game.. best juga laa.. lama tak main.. release tension sikit.. *menghela nafas lega* boleh bayangkan cara hidup di universiti :p mesti best kan? xD

POYO !! Saya poyo ke? Eh, tak laa.. YOLO !! You only live once so enjoy every single minute of your life.. cewah! Ingat lagi hari pertama English class tahun ini.. kita main game menghafal nama dan barang yang disukai rakan sekelas baru yang masih belum dikenali 100%..

Ingat lagi sikit-sikit.. Rohaiza loves handbags, Inder loves ice-creams, Irdina loves chocolate,.. banyak lagi laa.. Saya kata , " I love to online " xD HAHAHA!!

Thursday, 5 September 2013

Lalala~

Saja nak tunjuk.. Ni gambar last year :3 Masa tu habiskan dua dalam satu masa.. hmm.. perisa jangung :p Eh, jangan tengok macam tu.. gerun saya xD

Wednesday, 4 September 2013

Balas dendam :p

Ni fon dah boleh nak upload gambar, nak balas dendam, upload banyak-banyak.. tunggu dan lihat jelah..... xD

Monday, 2 September 2013

Sudut bilik yang telah dikemas..

Ha!! Dalam beberapa puluh post yang lalu, saya ada kata kan? Kalau berkesempatan, nak upload gambar.. Ha, ni gambar dia.. Jumpa juga.. haish..
Ini bahagian rak atas sekali.. sebenarnya untuk buku rujukan, buku teks dan kamus sahaja.. Tetapi berjaya deceroboh oleh novel sebab rumah novel terlalu kecil untuk bilangan novel yang banyak..

Ini bahagian tengah rak.. untuk novel tetapi terlalu banyak sehingga sesetengah penduduk terpaksa berpindah ke rumah tingkat atas.. Dari kiri novel penulis Ain Maisarah.. Dari kanan sekali novel lain-lain yang belum dibaca xD

Ini bahagian bawah sekali, khas untuk buku dan kertas yang jarang digunakan. Nampak tidak kemas, bukan? xD Buku nilam itu hanya sebagai hiasan semata-mata.. :p

Ini papan putih mini yang digantung di kawasan strategiknya, iaitu di atas rak tadi, atau lebih dikenali sebagai iklan dinding bumbung :p (nama merapu apa yang saya dok bagi dekat barang-barang ni xD ) Abaikan isinya xD

Ha.. ini buku rujukan.. nak improve Inggeris laa kononnya.. sampai sekarang mukasurat 50 pon tak sampai lagi xD ada dekat bawah meja di sekolah, tak sentuh pun lagi.. yang dekat bawah tu folio sivik.. dikira satu kejayaan juga laa sebab pertama kali siapkan folio dalam masa dua hari.. Hebat tak? :p xD


Hari Yang Pelik

Pelik sungguh hari ini.. Hari ini Isnin bukan? Haha..

Hari ini ada perhimpunan. Kalau ada perhimpunan, kami akan dibenarkan naik ke kelas awal sikit. Biasanya, langkah pertama masuk sekolah sahaja sudah dengar pengumuman.. Hari ini sampai saya kena tunggu dekat tangga seperti hari-hari biasa..

Satu lagi perkara pelik: Pertama kali saya jalan lambat bila masuk perkarangan sekolah pada waktu pagi ! (Diri ini pun pelik, nak harapkan orang lain normal..)

Tunggu lama, akhirnya dengar juga pengumuman murid dibenarkan masuk ke dalam kelas.. Sampai di kelas, ada gunung berapi meletus.. Meletus sebab ada orang makan bawah mejanya sehingga mejanya bersemut.. Bergegar satu kelas dengan jeritan dan bunyi meja diseret yang dilakukan oleh orang yang sama.. Pertama kali nampak dia mengamuk sebegitu.. Dahsyat :/

Lepas tu, kawan yang duduk sebelah saya masuk kelas. (Saya panggil jiran, dia panggil saya penolong kanan xD ) Dia tengok mejanya penuh dengan alat tulis yang bukan miliknya. Dia terus tanya saya : Gempa bumi apa yang berlaku dekat sini?

Saya yang sudah sedia melakukan perkara yang tidak sama dengan yang saya selalu buat (saya panggil pelik) ini tiba-tiba menjadi aktif pada waktu pagi.. Dok bagitaw si gunung berapi supaya chill sat laa.. Berbual dengan kawan laa.. pertama kali juga :/

Jalan ke dewan.. hmm.. cuba teka cikgu umum apa? Semua murid diminta untuk beratur seperti biasa, cuma berhati-hati dengan najis anjing dan kucing itu. Malam Jumaat orang masuk bawa makanan dan minuman. Anjing dan kucing pun masuk.. Masa tu saya macam.. Err.. ok?

Perhimpunan bermula, tiba giliran seorang guru kaunseling berucap. Biasanya apa yang diucapkan, saya dengar, saya macam.. err.. ok! Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk tidak menangguhkan kerja lagi! Tapi kali ini, walaupun bait bicara cikgu sama saja.. tapi respons saya macam.. Saya nak tukar karekter la.. Tahun ini duduk belakang sekali.. tahun depan nak duduk di depan sekali.. nak senyum pada semua orang nak menegur semua orang.. Otak aku mermasalah ke atau fius belum disambung?

Pastu macam-macam lagi laa yang berlaku.. Aneh.. aneh.. xD

Tengok laa esok apa yang akan jadi..

Apa yang akan jadi esok kita tak tau lagi kan ;)

Sunday, 1 September 2013

Psikik

Kes apa ini.. tiba-tiba menyentuh pasal psikik? xD kes budak mamai yang blurcase dia sedang berlari sambil menari mengelilingi kepalanya sampai dia terasa blur gila-gila dan pening-pening selepas mengkhatam baca novel 'Budak Psikik' yang dipinjam dari perpustakaan sekolah pada hari Selasa, iaitu pada 27 Ogos 2013 pada waktu rehat. Eh? Jadi pemberita tidak bertauliah pula budak seorang yang blur ni.. Haiz.. akhirnya mengaku juga diri ini blur.. Tidak sanggup T^T

Hmm.. dalam dunia ini betul-betul ada orang yang psikik ka? Hmm.. Persoalan yang mengganggu ketenteraman betul laa.. haha.. siapa suruh fikir? Tarik nafas, hembus.. terik nafas, hembus..