Friday, 12 July 2013
Cikgu...,oh....,cikgu...~
Harini ada seorang guru yang transfer. Sedih giler kwot.. Memang menjadi lumrah hidup, setiap orang akan bertemu dan berpisah. Selepas cikgu masuk kelas dan bercakap untuk beberapa minit, hampir semua orang meluru ke arahnya untuk bersalam. Setelah bersedih-sedih pada bulan Puasa ni, tamat sudah sesi peluk-memeluk. Cikgu meninggalkan kelas. Semua beransur ke tempat masing-masing. Hanya tinggal saya dengan kawan yang saya sentiasa panggil 'jiran' kerana selalu duduk dekat dengan tempat saya yang berdiri di pintu belakang kelas sambil mengiring cikgu dengan pandangan. Itulah kali terakhir kami melihat cikgu berjalan di kaki lima tingkat atas blok itu dari pandangan belakang. Mungkin? Dunia ini kecil. Cikgu tak keluar dari Malaysia pwon.. mesti ada lagi peluang jumpa dia.. Mungkin juga dia ty mai balik tengok kitaorang? Siapalah guru tingkatan kitaorang lepas ni? Siapalah guru Sains kitaorang lepas ni? Semua ini masih menjadi tanda tanya. Biarlah pihak sekolah yang tentukan.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment