Social Medias

Tuesday 13 August 2013

Saya sombong ke?

Apa jawapan anda? Ek? Taktau soalan? Kan ada kat tittle.. ha ! Tak tengok ye.. apa sengih-sengih? *melawak ja.. jangan marah* :3 Saya sombong ke? Hehehee.. ada yang jawab ya dan ada yang jawab tak.. hmm.. nak percaya siapa ek?

Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa saya ini memang sombong tapi dalam hati je.. kan? Ha.. jangan dok tipu! LOL.. haha.. dekat facebook, twitter, blog semua ni kan.. saya ni memang cakap banyak sikit.. tapi dalam dunia realiti saya memang tak tegur orang. Bukan sengaja nak tunjuk sombong.. tapi.. memang tak tau la.. sudah biasa tak tegur.. saya hanya akan tegur balik kalau orang lain tegur dulu.. Atau mungkin semasa saya sudah menjadi gila-gila masa itu atau sikap peramah datang mengetuk pintu setengah tahun sekali tu saya tegur la.. tapi jarang..

Sehari tu masa perjumpaan unit beruniform, senior ada bagi ceramah sikit.. dalam ceramah itu ada satu part yang saya terasa sedikit.. bukan apa.. saya buat selamba.. saya tahu itu bukan kepada saya seorang ja.. nasib baik ada geng.. ha, ni.. yang duduk sebelah saya ni pun sama ja dengan saya.. Senior tu kata, "Walaupun kami senior, kami boleh jadi kawan kamu semua juga.. janganlah buat sombong.. nampak senior kat sekolah, tegur laa.."

Sehari betu-betul selepas ceramah itu, saya terjumpa senior itu dalam perjalanan dari bilik PBS ke kelas. Senior itu datang dari arah bertentangan, nak ke kelasnya barangkali. Saya nak tegur. Dok fikir nak tegur.. Kata hai ke.. senyum pun jadi la.. tengok-tengok, sampai depan dia, saya tidak tahu apa nak buat. Terkaku dekat situ manakala senior tu jalan dengan bersemangatnya dan selambanya ke destinasinya. Kawan aku pun pandang aku pelik semacam. Saya sengih ja.. 

Jangan marah dan terasa ye.. tu memang sikap semulajadi saya :p *semulajadi konon? erk?* LOL.. Saya sedang membaca post satu blog tu.. lepas itu, terus nak tulis tentang topik ni.. panjang berjela pula :3 HA, ni blognya : klik sini ~ 

1 comment: